Saturday 12 May 2012

Attention!






Assalamualaikum!
   
Blog ni untuk rakan-rakan , kenalan , dan sesiapa sahaja yang rapat ngan aku :)
And I'll post benda yg berfaedah . I mean , yg berkenaan ngan hidup aku:)
# Oh my god , pendek betullll...#






Tuesday 1 May 2012

Teka -teki . Layan dulu :)


JAwab jawab . Tak jawab dosa.Jawab sayang .

Dalam ruangan teka-teki ini kami paparkan beberapa teka-teki yang kami dapati dari berbagai sumber. Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila "highlight" pada ruang jawapan. Tekan kekunci Ctrl + A untuk melihat semua jawapan.
Soalan 50:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 27:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.



Trylahh , moga berjaya .Soal kengkawan sekali .



Friday 20 April 2012

Okay ! Sumpah takut.

Assalamualaikum , korg prnh dgr cerita seram tak? Ni Ain nk cerita ni.Ni real , Ain tgk ngn mata lagi , kat sekolah SRAIBBB.

Ni cerita dia : Ain tunjuk ape yg Ain chat dgn bekas senior SRAIBBB.

        • Camni , sabtu lepas .. Darjah 5 ada kem.
        • Diorg kem cam biasa la ,
        • de satu hri tu , cikgu sarlina ngn sir hadi kat bilik BOP , diorg trdgr bunyi org brdngkur kuat.
        • cikgu ingt kn tu fc , tp smkin lme makin kuat..cikgu srlina pon check la.
        • Tp tade org pun.
        • Hari isnin tu , wktu dtg sekolah , ade mrid-2 ngn beberapa org cikgu nmpk ade drh dkt tngge blok b.
        • bila disiasat , kmungkinanbsr , sbhgian murid buang per (tuala perempuan) tnpe basuh.jin kan jnis yg hisap drh kotor ni..
        • cikgu rse mungkin jin hisap drh kotor ni , dan tercicir kat tngge blok b.
        • Budak drjh 5 , kls dorg kat blok c ..satu hri tu..
        • Ain , adik kak lina senior 2 thn lps ...naik tngge.
        • Pstu dia nmpk ade mkhluk ni mintk dia jgakan baby dia , ain pon tgklah spe baby dia , pstu dia nmpk batu nisan je.ain katalah buat ape nk jge batu nisan?
        • Mungkin mkhluk ni marah kot , then ain nmpk dia cmpk batu nisan ni kat dpn kls 5 Jujur.
        • Budak kelas 5 Benar ,Nuraini nmpk ade stu mkhluk ni , rupa dia hodoh sgt tunggu kt tobg smph dpn kls 5 Benar.DIa jrit lah.Dia dorg je nmpk.
        • Pstu smlm , ade rmai budak prmpuan kls 5 Benar histeria sbb nmpk bnda tu.
        • Ustaz bwk diorg kat darul assyifa' .
        • pstu ,pejabat kata 'semua murid thn 5 , sila turun ke surau dgn mmbwa beg dgn segera.
        • gn tingglkn kwn diblkg."
        • *Jgn
        • Dah semua budak turun , wktu solat zuhur tu kitorg yg x solat mulkalah bercerita.Then nmpk ustaz dr darul syifa' .
        • Kitorg biar je kan..abis solat zohor..
      • 44 minutes ago
        Ania Ena
        • owh...
          cam 2 ker citer dier...
          akq dgr, org ramai kater, semue ni berpunca dri permainan spirit yg daq senior thon lps maen 2....
      • 43 minutes ago
        Ania Ena
        • yg kene histeria dak drjh 5 ker???
      • 42 minutes ago
        Nur Farihin
        • Bukan sbbtu.Ha'a ,drjh 5.
        • ok smbung ni..
        • cikgu suruh wafie azn ,and kitorg kna ikut.wkrtu wafie mula azn ..Hanis Masitah ,dia jerit :"Paanas!Sakit !"Cikgu mahfuzah dtg , dia jrit lg smbil pgg tgn cikgu , Cikgu , sakit cikgu!Panas cikgu!Sakit! Dia cabut tudung dia.Mungkin sbb pns sgt .Ustz azhar (ustz bru) bwk dia prgi kluar , farihin ngn kwn-2 kat luar surau.Kitorg tgk jela
      • 40 minutes ago
        Nur Farihin
        • Pastu , kitorg nk prgi tnds blok b.Kirog prgila stu kumpulan dlm 5-6 org.
        • Abis je gi toilet , kitorg dgr ade budak jrit kat ats.Kitorg prgi la tgk.Rupanya tu adik Adibah ,Adham.
        • dik dia kte , mse dia tgh (ehem2)dia tgk air mnitik-2 .Dia pon pndg ats and dia nmpk ade hntu muka hodoh sgt bertenggek kat ats tu.tula dia jerit.
        • Pstu kitorg bgithu cikgu , pastu kitorg prgi kat surau blik.
        • Then cikgu mahfuzah pngill utk brltih amal islami.
        • itorg brltih kt pnts ,pastu dgr lg org mnjerit kat dlm kls 6 Jujur , rupanya yg jerit tu Anis Borhan , adik kaka Amalia.Kitorg fikir mungkin dia nmpk hntu kot.
        • Pastu , adela bbrp azcara aml islami yg tgh brltih , tgh2 kitorg brltih ..kitorg tgk cikgu roslin bwk zaikah.Zakiah masuk solat jnazah .Cikgu kate Zaikiah nmpk bnda tu akt dpn bilik guru llki.
        • Then ,kitorg msuk kls.Badrina tgh jln ,tiba-2 dia pngsn , mungkin sbb tkot sgt kott.
        • Tula kitorg cuti harini..



Saturday 7 April 2012

Seronok ohh:3

                     Assalamualaikum ,Hai semua! Haha .Ain nak bagitahu ni , yesterday , Umi balik drpd Sabah.
Pastu Ain bagitahu Umi Ain dpt no. 1 agama:D Inilah perbualan pendek antara ibu dan anak.
Umi: Nak apahadiah nanti?
Ain: Nak badminton :DD
Umi:Badminton? Bukan raket ke?
Ain:Tak kisahla , sama je tuu xD
Umi: Emm, minggu depanlah beli .
Ain:Umi! Alaaa, harini atau esoklaaaaaa~Please!
Umi:Hey , umi nak masukkan markah student dulu .Busy tahu tak?Tapi kalau Ain nak cepat umi boleh kasi , tapi dgn satu syarat!Kalau Ain ikut , Ain boleh dapat ape aje Ain nak dgn berapa pun harga immediately!Nak?
Ain:Nak ! Nak ! Kena buat ape Umi?
Umi:Potong rambut ><!
Ain:Oh ! No no no!Don't touch my hair!Taknak-2!
Umi:Betol ke taknak?
AIn:Emmmm, bolehla.Tapi kalau Ain nak kamera boleh?Esok jugak Ain nak?
Umi:Kan Umi kata tak kisah apapun brg tu , janji Ain potong rambut.
Ain: Bolehlah! Jom pergi potong rambut !(Terlebih excited sbb nak kamera)
Umi:Kejaplah nak masukkan markah dulu.
Ain : Okey!!!!
Umi:Jangan bagitahu angah , along ngn abang tau.Nanti diorg jealous.
Ain:Okey dokey madam!><

Bhahaha , tak caya Umi ni baik sangat semalam.I;m getting a camera!I'm getting a camera.Yeah , my camera is not expensive or have many ability like yours but I'll love it!Muah!Love you Umi! Thanks Allah because has give me a really nice and understanding mother!

Read my post? Follow me to hear more great stories:D

Sunday 1 April 2012

Resepi Coklat Cupcake yang simple.


Assalamualaikum

Nak kata aku ni rajin, tidaklah jugak. Kadang-kadang cecah pukul 1030 pagi jugak aku bangun. Sampai terjerit-jerit dak ibu (suka hati kau nak men-dak-kan ibu khennn) kejut suruh bangun. Pelbagai perkataan yang kurang enak buat halwa telinga telah berjaya dilemparkan. Hati aku punya sakit, jangan pernah kau cerita. Whatever it is I know you love me mom. Marahkan tanda sayang...tak gituueww? Cover sikit punya baik kau wkwkwkwkwk.

Nak dijadikan cerita, ketika ibu membuka peti sejuk, dengan perasaan bercampur baur sambil menarik nafas dalam dalam, ibu melontarkan suaranya yang nyaring kepadaku. 'Kau bab membeli bahan-bahan buat kek..... pandai, buatnya tak juga!' 'Leks lu bu, kan dah buat haritu. Tu bahan lebih-lebih lalalalala' 'Ha buat la lagi, daripada kau asyik bukak internet je, baik buat kek, dapat ibu makan'.  Maka....perbualan tersebut telah menjurus kepada penerbitan entry ini.


Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat


Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.
Ain telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh Ain kukus, lagi separuh aku bakar. Ain saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih terasa jika ain kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi Ain suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak Adila engkau masa dia datang ghumah hari tu.


Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.

 Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.

Bagi Ain senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah. Ain ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?

Selamat mencuba! 

Thank you for reading this entry !






From,
Ain.